BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 9 December 2011

PERISIAN WINDOWS 7

Perisian windows 7 semakin diminati ramai kerana kelebihan yang terdapat dalam perisian tersebut memudahakan pengguna yang menggunakan perisian tersebut dalam komputer riba  masing-masing ,termasuk la saya sendiri . Sana sini, merata web orang sedang bercerita mengenai Windows 7 dan kecanggihannya. Kami pula, sudah hampir setengah tahun menggunakan dan merasai sendiri nikmat dan keseronokan menggunakan OS terbaru dari M$ ini sejak Windows 7 RC dilancarkan kepada publik. Kini, Windows 7 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober 2009 dan ramai pengguna OS Windows seluruh dunia sudahpun menunjukkan minat terhadap OS terbaru ini.
Sebagai menunjukkan sokongan terhadap Windows 7 ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan info penggunaan Windows 7 ini dengan anda semua agar anda semua dapat menggunakan windows 7 ini sebaik dan semaksima mungkin.
Apa yang menarik pasal Windows 7?
image
Zaman sekarang pengguna amat mementingkan GUI yang cantik, kemas serta mudah digunakan, dan Windows 7 mempunyai ciri2 berikut. Selepas guna Windows 7, anda dapat rasakan yang windows xp agak kuno dan pasti tidak berminat lagi hendak guna xp selepas itu. Hehe.
Windows 7 sangat laju, ringan dan stable berbanding vista. Banyak lagi kelebihan Windows 7 yang kami harap anda dapat explore sendiri bagaimana memanfaatkannya. Haha.
Harga dan pakej Windows 7
image
Jika berkemampuan, belilah barangan yang original. Windows 7 telah dijual di Malaysia dan harga adalah berbeza mengikut versi. (sumber: Amanz)
  • Windows 7 Ultimate – RM648.00
  • Windows 7 Professional – RM478.00
  • Windows 7 Home Premium – RM368.00
  • Windows 7 Starter – RM148.00
Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64). Apa pula beza antara windows 32 bit dan 64 bit?
Majoriti pengguna Windows menggunakan windows 32 bit. Kebaikan menggunakan windows 7 32bit ialah anda hanya memerlukan minimum ram 1gig dan banyak software serta games yang boleh dimainkan dan disokong di windows 32 bit. Kelemahannya pula ialah hanya mampu menggunakan RAM maksimum sehingga 4 gig sahaja.
Manakala windows 64 bit pula sangat jarang digunakan orang biasa, dan ianya popular di kalangan developer, tech savvy dan geeks. Windows 64 bit lebih stabil, bagus dari segi performance dan menyokong ram sehingga 8gig, 16gig malah 128gig ram. Namun, kekurangannya adalah memerlukan processor 64 bit, minimum ram 2gig dan banyak software dan games tidak compatible di windows 64 bit.
Untuk pengguna biasa, saya sarankan anda guna Windows 32-bit sahaja.

No comments: